Lubang Putih Di Langit
Satu fenomena aneh yang menjadi tanda tanya di kalangan saintis apabila satu lubang gergasi terbentuk di celah kepulan awan di langit. Kejadian sebegini dianggap unik kerana amat jarang berlaku. Walaubagaimana pun fenomena ini bukanlah pertama kali berlaku kerana ianya dilaporkan pernah juga berlaku di Australia dan Amerika Syarikat. Ada di kalangan pemerhati berpendapat, ianya merupakan hasil seni yang cuba ditunjukkan oleh makhluk asing dari angkasa lepas kepada semua hidupan di dunia ini, samalah juga seperti circle crop iaitu lingkaran aneh yang kerap berlaku pada ladang gandum.
Pakar kaji cuaca pula berpendapat lubang itu terbentuk apabila butiran kristal ais terhasil selepas sebuah pesawat melintasi awan, menyebabkan titisan airnya menjadi wap.
Seorang pakar dari Australia pula berpendapat fenomena itu berkaitan dengan keadaan cuaca panas dan kering pada ketinggian 5,000 hingga 28,000 kaki menyebabkan pembentukan lapisan titisan air dan kristal ais yang memenuhi langit dan tiupan angin yang kencang. Sementara pakar dalam bidang lain pula berpendapat ianya berkaitan dengan usaha pembenihan awan untuk menghasilkan curahan hujan tiruan. Terdapat banyak lagi pendapat lain yang diutarakan bagi menjawab misteri fenomena aneh ini..

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.